Wednesday, 28 November 2012

Perjalanan hantar Azim ke KLIA

Masa hantar adik ana Azim,,dalam perjalanan tuh mak cadangkan setiap seorang kena bagi satu cerita,,,so mak start dulu, nih semua citer yg ana ingat la :

Cerita2pengajaran
1.Pada suatu hari ada dua org sahabat yang bermusafir seorang ahli ilmu dan lagi seorang, orang biasa sahaja .Lalu yang ahli ilmu nih pun mencadangkan ," jom kita baca doa, kita mohon Allah berkati perjalanan kita dan mintak Allah kurniakan awan melindungi panas terik matahari" ,lalu orang yang berilmu nih pun baca doa doa dan aminkan mintak awan lindungi perjalanan mereka . Apabila mereka tiba di suatu simpang ,masing2 ingin menuju arah yang berlainan. Bila time berpisah tuh tiba2 awan yang melindungi mereka turut berpisah ikut lelaki yang mengaminkan doa . So pengajarannya ,kita kalu boleh bersungguh2 dlm berdoa even aminkan doa orang sebab rahmat Allah tuh luas boleh diberi kepada sesiapa sahaja.

2. Uwais alqarni yg sangat mencintai rasullulah ,seorang sahabat yang duduk jauh dari kota Madina...beliau tidak dikenali oleh penduduk bumi tetapi amat terkenal dalam seluruh penduduk langit.Pernah satu ketika, Rasullullah s.a.w tercedera dan patah gigi, Uwais alqarni turut ingin merasai kesakitan tersebut lalu mematahkan giginya ,,,Beliau sangat ingin bertemu dengan Rasulullah tetapi kerana menjaga ibunya yang telah uzur menyebabkan beliau menangguhkan niat itu. Uwais pernah pergi ke Kota Madinah dengan izin ibunya ,tetapi ketika itu nabi sedang berjuang di medan perang lalu dengan berat hati uwais pulang ke rumah kerana risau akan ibunya. Rasullullah memberitahu sahabat ,,nnt akan datang uwais ke madinah maka minta doa drpdnya dan istighfar doanya diaminkan oleh seluruh malaikat. http://nauratulhidayah2.blogspot.com/2011/12/kisah-uwais-al-qarni-tak-terkenal-di.html

3. Kisah seorg makcik tua yg hidupnyer menjual pisang goreng,,,,seorg y miskin ttp dy jaga solat awal waktu dan mendidik anak2nyer menjaga solat. Saat dy meninggal dy suro anak perempuannyer mandikan jenazahnyer dan anak lelaki smygknnyer ,,,,,,cter nih berlaku sbb ketika org ramai memindahkan kubur dan terjumpa satu jenazah yg sgt baru dikebumi pdhl da lama.

4. Seorang pesakit nie berjumpa dengan seorang Doktor. Doktor nie memang sudah lama merawat pesakit nie akibat penyakit jantungnya.. Pesakit tersebut bertanyakan doktor,," apa tujuan doktor panggil saya secara tiba-tiba nie??. Doktor tersebut menjawab,,,"saya ada satu berita baik dan satu berita buruk. Awak nak dgr mana satu dulu??" Pesakit itu berfikir sejenak, "Hmmmm,,,, berita baik lah". Doktor dengan tenangnya berkata "awak hanya ada satu hari sahaja lagi untuk awak hidup".. Pesakit itu bertanya lagi,, " berita buruknya ??". Doktor menjawab dengan muka selambanya," Berita buruknya ialah saya sepatutnya memberitahu awak semalam,, tetapi saya lupa". Pesakit ," $%^@&@!!!!!!!".

5. kisah seorg makcik penjual tempe,,,hidupnya hanya bergntung kepada hasil jualan bg menyara seluruh keluarganya,,pada kebiasaannya tempe dijual dlm keadaan kering ntah mcm mana arituh hujan lebat .keadaan ini meresahkan hati makcik nih sbb esok da kena jual ,,,tapi makcik nih tetap pendirian apa nak jadi jadi r walaupun mustahil org nak beli,,,,mak cik nih pun bertawakkal dia pun bawak tempe yg bassh tuh p kedai,,,sangkaanya betul dari pagi hingga ke tgh hari xde sape yg beli,,dr tgh hari smpi ke petg xde satu bungkus pun terjual,,dlm hatinya xpelah kita tunggu smpi ke ptg,, takdir tuhan tiba2 ad satu kereta berhenti dpn kedian tempe makcik nih. " kak ad jual lagi x tempe,??" " maaf encik hari nih ad jual tempe basah je ,skrg nih musim hujan," xper makcik saya mmg nak beli tempe bsh pun sbb esok hari anak saya nak bawak p luar ngre so mmg sesuaai la tempe bsh ,, alhamdulillah lega hati makcik nih,,,saya nak semua boleh x makcik ,,,,,......so pengajarannya kat sini ana baru tahu tempe ad dry tempe ngn wet tempe...LOL

No comments:

Post a Comment