Saturday, 24 November 2012

Aidil Adha 1

Senior ana cakap raya aidil adha di Mesir nie paling meriah di Cairo. Abang ana pun ajak ana raya di Cairo bersama-sama . Pada awalnya,, ana nak rasa juga raya kali pertama di Alexandria nie,, tetapi ana dimaklumkan bahawa kerja-kerja melapah di Alex akan dimulakan pada hari raya kedua dan ketiga. So,, ana dan kawan-kawan ana decide nak raya aidiladha di Cairo pada hari raya pertama dan pulang semula ke Alex pada hari raya kedua.

Pada awalnya,, ana merancang hendak pergi ke Cairo dengan kawan-kawan ana seramai 4 orang dan tidur di rumah abang ana. Tetapi,, akhirnya,, hanya seorang sahaja yang bersetuju pergi bersama ana kerana rakan-rakan ana yang lain hendak beraya di Alexandria sahaja untuk tahun pertama nie..

Setelah habis kuliah,, lebih kurang pukul 4.00 petang,, ana dan kawan ana segera bersiap-siap untuk ke Cairo. Setelah makan petang,, kami memulakan perjalanan ke Mahattah Tram,,Sidi Gabir (Stesen kereta api) dengan menaiki teksi. Dalam perjalanan,, kami sempat berbual dengan pak cik pemandu teksi tersebut.
Dia bertanya,, " Kamu muslim ?? ". Kami menjawab " ya,, kami nie orang islam dari Malaysia". Pak cik tue menasihat kami supaya berpuasa pada esok hari iaitu 9 Zulhijah,, iaitu hari Arafah,". Kami menjawab," Insyallah ".

Sebenarnya ini merupakan kali pertama ana dan kawan ana sampai di Mahattah Tram, Sidi Gabir. Setelah sampai di sana,, ana mencari kaunter tiket kereta api. Malangya,, ana tidak jumpa apa-apa signboard menunjukkan kereta api. Apa yang ana dan kawan ana nampak ialah orang arab sedang berebut-rebut hendak menaiki keretaa api,,( orang 2 melayu panggil kereta api ayam). Walaupun kereta api ayam itu dah penuh,, orang arab masih lagi berpusu-pusu cuba untuk menaikinya sehinggakan ada yang duduk di atas gerabak kereta api tersebut.

Kereta api (Kereta api ayam)
Ana bertanyakan seorang pemuda di situ. Pemuda itu menunjukkan ana kaunter tiket kereta api .Haiisyhhhh,,, rupa-rupanya kaunter itu terletak berhampiran pintu masuk mahattah tram. Akibat perasaan kami yang bercampur-baur ( 1st time nak naik kereta api di Mesir),, kami tidak perasan akan kaunter tiket tersebut.

Apabila ana hendak membeli tiket,, ana terjumpa seorang akak senior. Akak itu pon hendak membeli tiket kereta api tetapi dia hendak ke Tanta. Dia mengatakan tiket kereta api hari dah habis dan dia datang ke situ pon hendak menempah tiket untuk esok. Kami berfikir sejenak,, kalau ke tiket ke Tanta dah habis,, apatah tiket ke Cairo( ibu negara Mesir,, tempat tumpuan orang arab untuk merayakan hari raya haji).

Kami bertambah risau dan cuak.... Kawan ana menyatakan dia mula berasa tidak sedap hati.. Apakah kami tidak berjaya ke Cairo?? Nantikan kisah Aidiladha 2.  :D

No comments:

Post a Comment