Wednesday, 7 November 2012

Indahnya hidupmu Khalifah Abu Bakar as-Siddiq



Abu Bakar seorang yang sangat cermat dan jimat dalam pengurusan wang bantuan daripada baitul mal. Beliau ambil secukupnya shaja untuk keperluan hidup minimal setiap hari. Pernah suatu hari isterinya meminta manisan tapi si suami tidak mempunyai duit pada waktu itu untuk membelinya. Nasib baik si isteri ada menyimpan tabung beberapa dirham selama 2 minggu ,lalu dibarikan kepada suaminya untuk mmbeli manisan .Melihat wang itu,Abu Bakar memberitahu isterinya bahawa dengan  simpanan itu telah menyebabkan dia mengambil wang melebihi dari jumlah yang diperlukan dalam kehidupan seharian .Lalu dipulangkan semula wang itu kepada baitulmal dan dikurangkan pengambilan wang pada masa akan datang.


Abu Bakar terkenal memiliki kehidupan yang sangat sederhana. Pada suatu hari ,seorang putra makhota yaman dalam pakainnya yang mewah tiba di Medina .Dilihatnya Abu Bakar hanya mengenakan dua lembar kain warna cokelat ,yang selembar menutupi pinggang yang lainnya menutupi badan lainnya .Putera makhota itu begitu terharu melihat kesederhanaan khalifah sehingga dia juga membuang pakainya yang indah itu,dia berkata " Dalam Islam,saya tidak menikmati kepalsuan seperti ini."


Apabila ada orang memuji Abu Bakar ,dia berkata...ya Allah! Engkau lebih mengetahui diriku daripada aku sendiri
dan aku mengetahui diriku sendiri lebih dairpada orang lain . Ampunilah dosaku yang tidak mereka ketahui dan janganlah mengakibatkn aku bertanggungjawab atas pujian mereka itu.


Pada malam sebelum meninggal,Abu Bakar bertanya pada puterinya ,Aisyah ,berapa jumlah kain yang digunakan sebagai kain kafan nabi.Aisyah menjawab ,tiga,seketika itu juga beliau membilang bahwa dua lembar kain yang masih melekat dibadannya supaya dicuci ,sedangkan satu lembar kekurangannya iaitu lembar ketiga ,boleh dibeli. Dengan bercucuran air mata Aisyah berkata bahawa dia tidaklah sedemikian miskinnya ,sehingga tidak mampu membeli kain kafan untuk ayahnya. Khalifah menjawab , kain yang baru lebih berguna bagi orang yang hidup daripada orang yang meninggal.

Ketika beliau wafat ,tidaklah ia memiliki apa-apa kecuali wang satu dinar.Beliau berjalan kaki ke rumahnya di Sunh ,di pinggiran kota Madinah ,jarang sekali menunggang kudanya .Ia datang ke madinah untuk memimpin sembahyang jemaah dan kembali ke Sunh pada waktu malam. Abu Bakar pernah berkata ''martabat tidak akan mengubah tingkah lakunya ."

No comments:

Post a Comment