
Sembahyang jumaat di Mesir tiadalah banyak beza dengan solat jumaat di Malaysia. Kali pertama ana solat jumaat di Mesir membuatkan ana begitu kagum dengan orang Mesir.
Setelah mempersiapkan diri, ana terus bergegas ke masjid.Sepanjang perjalanan ana ke masjid, kedengaran khutbah jumaat yang amat kuat dan jelas. Masjid-masjid di tempat ana kecil-kecil dan terletak berdekatan. Jalan raya mula lenggang dengan kenderaan kerana semua muslimin ke masjid untuk menunaikan solat jumaat.
Ana amat kagum melihat khatib mesir. Khatib-khatib di Mesir menyampaikan khutbah dalam bahasa arab tanpa melihat sebarang teks secara spontan tanpa sebarang cacat-cela . Walaupun ana tidak faham, tetapi ana dapat mengerti apa-apa meseg yang ingin disampaikan khatib melalui gaya penyampaiannya dan nada suara khatib. Khatib di Mesir menyampaikan khutbah dengan penuh semangat menyebabkan ana mendengar khutbah yang disampaikan dengan khusyuk.
No comments:
Post a Comment