Friday, 12 October 2012

Peliknya Mesir 2

Suatu pagi yang indah, selepas sarapan pagi, ana dan beberapa orang kawan ana berjalan-jalan di bandar Alexandria. Pada waktu pagi, lazimnya kedai-kedai masih belum buka kerana orang Mesir kebiasannya mula berniaga selepas waktu sembahyang Zohor.

Sepanjang kami berjalan, ana ternampak sesuatu yang pelik. Ana agak terkejut melihat cara orang Mesir parking kereta. Ana secara jujurnya mengakui orang Mesir sememangnya handal dalam parking kereta. Apa yang peliknya ialah orang Mesir parking kereta rapat-rapat sehinggakan bumper depan kereta belakang menyentuh bahagian belakang kereta depan.

Ana sempat mengambil gambar bagaimana orang Mesir parking kereta,,sungguh pelik :

sudut tepi

sudut atas

No comments:

Post a Comment