Friday, 5 October 2012

Mesir Ardul Kinayah & Barakah

Orang Melayu sudah berada di Mesir sejak akhir kurun ke-19. Mesir yg dikenali sebagai "Ardul Kinayah" dan "Ardul Barakah" sentiasa menjadi tumpuan .Umumnya mereka datang ke Mesir untuk mendalami agama Islam memandangkan fungsi Negara Mesir sebagai ‘kiblat ilmu’ yang khazanahnya tidak pernah terjejas oleh peperangan sejak mula dibuka oleh sahabat Nabi s.a.w, Saidina Amr Al-Ash. Bilangan pelajar Melayu di Mesir bertambah meningkat mengikut tahun dan sejak selepas merdeka jumlahnya sudah mencecah ribuan orang dari seluruh nusantara.


Institusi yang paling mendapat perhatian para penuntut di sini ialah Universiti Al-Azhar. Bukan sahaja penuntut pengajian Islam, pelajar perubatan juga turut menuntut di universiti ini. Namun demikian, kini, ramai pelajar Melayu mengambil bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir terutamanya di Universiti Iskandariah, Universiti Kaherah, Universiti Ain Shams, Universiti Mansoura, Universiti Tanta dan Universiti Zagazig.

Piramid di Mesir

Universiti Al-Azhar
Universiti Kaherah
Universiti Alexandria


No comments:

Post a Comment