Wednesday, 24 October 2012

Sabor jer la....

Harituh selepas sembahyang zohor di masjid kat u,ada seorang kawan ana ditegur pakcik arab. pakcik arab tuh tanya dia macam mana nak buat rambut panjang dan lurus.ana dengar dari belakang je tapi kawan ana blur so tolong r dia jawab yang orang asia nih mmg secara genetik rambut macam nih dah fitrah Allah jadikan  manusia tuh berbagai-bagai jenis, untuk ap??

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal” (QS. Al Hujuraat: 13).


Dia tanya lagi ad makan apa2 ke kala nak rambut lurus,,,ahaha ana gelak je tengok arab nih dah macam sorg lecturer ana kat u ,,lecturer tuh jeles tgk org asia rambut lurus pastuh ad r part2 lecturer nih kutuk presiden mesir sekarang nih Dr.Mursi ,,,,dengar rasa panas je telinga ,,,sabo je la.
Arab Mesir dalam muzaharat ,,,sume rambut sama  

Dalam dunia nih memang Allah dah tetapkan rezeki masing2 ad yg rambut lurus ensem bergaya kacak hitam manis so bersyukur je la ,,,macam dalam kisah tembikai ,,,so siapa2 yg diberikan kelebihan awesome  kene bersyukur jangan pandang rendah kat org lain sebab ada kelebihan dia yang kita x tau yang lagi awesome dr kita.

Sambung citer td,,,ana pun bagitau la kat pakcik nih sume org asia mmg camnih pun rambutnya sbb tuh arab mmg konfem xleh beza malay,cina ,korean ,yaban,,,sume depa tibai sinni,,macm kita gak sape2 rambut kerinting ,hidung mancung, ad ganas2 sikit arab mesir lettew.Ana tambah kalu ad org asia rambut kerinting macam hang momkin bapak atau atuk atau moyang depa ad arab kacuk.Pak cik tuh gelak habis hahaha....with Hafiz Inche(most awesome,handsome,kacak,peminat semua akhawat kat kasralainy) 


Thursday, 18 October 2012

U all look same??


Suatu hari, ana berjalan sendirian ke sebuah kedai untuk membeli makanan. Kedai itu terletak bersebelahan dengan sebuah kedai basikal. Setelah ana order makanan, ana terus duduk di kerusi yang disediakan. Tiba-tiba, ada seorang pak arab panggil ana. Pak arab itu sedang duduk di kedai basikal. Ana rasa dia tauke kedai basikal itu.


" Good morning son,, how are you?," tanya pak arab itu.
" Wow, you can speak well. Good morning too. I'm fine," ana jawab.
" Are u Asia?," tanya pak arab lagi.
" Yeah, I'm Asian. I come from Malaysia studying tib(medicine) here at Alexandria University," sambung ana.

" Owh,, You all look same. All asia look same," kata Pak Arab itu tersenyum.

" Same?? Which part we same?our skin colour? our height? ," ana tanya kehairanan.
" Your neck," jawab pak arab itu dengan selamba.
Sakit perot ana ketawa. Hahhahaha. Pandai pak arab nie melawak.


" Ya ammu ( Uncle),, You all look same also,, All Mesr look same," sambung ana selepas penat ketawa.
" Ih(apa) ,,, We all look same also?? Which part son? Which part??? ," tanya pak arab itu kehairanan.

" Your neck," jawab ana selamba.

Terus pak arab itu ketawa. Hahahaha. Lama gak pak arab itu ketawa . Ana cakap dalam hati,, " Ingat dia seorang je boleh wat lawak,,haha :P".

Tiba-tiba,,
" Doctor,, Your order!! ," Suara cashier memanggil ana.

"Owh,, Sorry2,, Maal Salamah,, See you again Ya amm," kata ana pada pak arab tadi.

" Maal Salamah son," jawab pak arab itu tersenyum keriangan sambil melambaikan tangannya. Kelihatan jelas pak arab itu sangat gembira dapat berbual dengan ana.

Kesimpulan : Ana sebenarnya berasa serba salah gak kerana pak arab itu yang awal-awal tegur ana. Sepatutnya,, ana yang tegur dia dulu. Btw,, thx so much ya ammu !!!!


Tuesday, 16 October 2012

Kisah Teladan 1


Kisah Sebiji Tembikai



Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya.
Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?
Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT

Firman Allah Taala:
قل من يرزقكم Ù…Ù† السماوات والأرض قل الله
                                                                                                                                        (saba' ayat 24)
maksudnya: Katakanlah:" Siapa yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi ?" Katakanlah:"Allah"

Friday, 12 October 2012

Peliknya Mesir 2

Suatu pagi yang indah, selepas sarapan pagi, ana dan beberapa orang kawan ana berjalan-jalan di bandar Alexandria. Pada waktu pagi, lazimnya kedai-kedai masih belum buka kerana orang Mesir kebiasannya mula berniaga selepas waktu sembahyang Zohor.

Sepanjang kami berjalan, ana ternampak sesuatu yang pelik. Ana agak terkejut melihat cara orang Mesir parking kereta. Ana secara jujurnya mengakui orang Mesir sememangnya handal dalam parking kereta. Apa yang peliknya ialah orang Mesir parking kereta rapat-rapat sehinggakan bumper depan kereta belakang menyentuh bahagian belakang kereta depan.

Ana sempat mengambil gambar bagaimana orang Mesir parking kereta,,sungguh pelik :

sudut tepi

sudut atas

Thursday, 11 October 2012

Jom try baca salah satu note  yang saya share dari facebook kawan saya. Sedih sangat-sangat baca nota nih baru kita  tahu macam mana rasanya kehilangan orang yang paling rapat dengan kita siapa lagi kalau bukan mak .Semoga kita dapat mengambil iktibar setiap perkara yang berlaku dalam dunia ini dan dapat membalas jasa kedua ibubapa kita selagi mereka masih hidup. Tanpa doa mak abah siapa lah kita disini.

Note share from friend


Muhammad-Bahrain Bin Adom
August 5
Assalamualaikum, mak...
Mak, macam mana keadaan mak kat sana?
Maaf banyak2 ye mak sebab tak dapat jadi anak yg soleh, yg dapat doakan emak sepanjang masa.
Sunyi rumah tu emak takde.
Mak kalau duduk rumah dari pagi sampai petang buat kerja rumah tak habis, kan.
sapu sampah, mop, sapu sampah kat luar rumah.
mak tak lupa ajar anak mak ni buat semua kerja tu juga sebab mak kata "takkan nanti anak mak nak biarkan mak tua2 kemas rumah terbongkok2?" camtulah mak kata.
Dulu, masa anak mak ni duduk asrama, anak mak ni selalu telefon emak hari khamis, ingat tak mak?
Kalau anak mak ni nak balik rumah, mak selalu masak yg sedap2.
Mak risau kalau tengok rambut anak mak ni panjang, mesti mak tolong potongkan.
kalau tengok muka anak mak ni ada jerawat, mak mesti belikan ubat suruh sapu kat muka.
Kalau masuk je bulan puasa pula, mak mesti dah mula jahitkan baju raya anak2 mak ni.
mak buat kuih, semua kerja mak nak buat , termasukla cat rumah.
Sekarang ni kan, mak, anak mak ni masih terbayang2 kehidupan
masa zaman mak ada dulu.
sekarang ni, tiap kali balik rumah, kalau ayah kerja kat singapore, terpaksa anak mak ni tebalkan muka telefon pakcik2 minta tolong jemput kat bus stand. macam tu juga kalau cuti dah habis, kena minta tolong pakcik2 hantarkan ke bus stand.
balik rumah, rumah kosong, berhabuk. kena kemas2 rumah dulu sorang2, barulah selesa balik rumah.
pastu takde orang nak masak. terpaksa tebalkan muka lagi makan kat rumah atok. Atok memang tak kesah, tapi kesian tengok atok, dia pulak bersusah-susah sebab anak mak ni.
raya ni, sampai seminggu lagi nak raya, rumah kita masih kosong tak berkemas.
Pastu, kalau kawan2 nak datang rumah, terpaksa bagi alasan macam-macam sebab bukan apa, kalau diorang datang, kat rumah takde pape nak dijamu tetamu. kenalah lagi mintak tolong atok masakkan sikit2.
pastu, baju-baju semua ni pakat beli je, takde orang dah nak jahit. mesin jahit kat rumah tu, anak mak ni guna buat repair baju & seluar yang besar je.
Kalau lapar2 sorang2, anak mak ni isi perut dengan maggi je, padahal dulu mak tak kasi makan maggi. maaf ye, mak.
anak mak ni dah rindu sangat2 dah kat emak.. rasa nak menangis pun ada tiap kali teringat muka mak yg penyayang.
mak memang takde gantinya.
dulu masa mak sakit, mak ada kata "kalau mak sembuh dari penyakit ni, mak nak tulis cerita tentang kisah pjalanan hidup mak." Mak tak sempat tulis sebab mak dah pergi dulu. Tapi, anak mak ni dah pun siap tulis kisah mak. Tajuk cerita tu memori 2008.
Ramadhan ni, asyik2 teringat kat mak. Bila la anak mak ni dapat jumpa mak lagi. dalam mimpi pun jadila sbagai pengubat rindu...
ok, mak.. anak mak ni akan terus berusaha jadi anak yg soleh, dapat doakan mak ngan ayah... semoga tenang kat sana. Anak mak ni akan menyusul, tak lama lagi, insyaAllah...
Terima kasih atas segalanya mak.
Minta maaf juga atas segalanya....
-anak mak- — with
Layyinul Harir.

Monday, 8 October 2012

Lirik lagu Maher Zain versi bahasa melayu

Post nih ditujukan kepada mak dan juga makcik-makcik yang baru belajar IT .Kadang-kadang  susah juga nak cari lirik lagu haaaaa. Oleh itu, ana sudah kumpulkan beberapa lagu Maher Zain versi melayu .Untuk versi bahasa arab dan english,nanti akan diupdate di blog ni. Harap dapat membantu kita semua dalam memahami setiap manis bicara dan dakwah yang ingin disampaikan dan dapat menghayatinya ..... ok good luck


LIRIK LAGU SEPANJANG HIDUP-MAHER ZAIN
Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu
Chorus:
Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku
Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s’lamanya
Aku milikmu
Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s’luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu
*Repeat Chorus
Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi


Lirik Lagu Ku MilikMu – Maher Zain

Kuberdoa
Dengan jiwa dan tubuhku
Setiap hari sepanjang hidupku
Dengan napasku
Aku berjanji pada-Mu
Untuk hidup hanya untuk-Mu
O Allah!
Kau bangkitkan jiwaku
Cahaya-Mu terangi hatiku
Hidupku,
Kupersembahkan pada-Mu
Ku milik-Mu
Ku milik-Mu

Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku

O Allah!
Kubersyukur pada-Mu
Walau kata tak sanggup ungkapkan
Kau buatku,
Mampu lawan keraguan
Dan tegar hadapi tantangan
Hanya Engkau
Sanggup bangkitkan jiwaku
Cahaya-Mu terangi hatiku
Dan hidupku,
Kupersembahkan pada-Mu
Ku milik-Mu
Ku milik-Mu

Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku

Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua
untuk-Mu [x2]
Dan tiada satu pun dapat bersaing dengan-Mu di hatiku
Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua untuk-Mu

Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku



Lirik Lagu Tuntunku kepada Mu Maher Zain
Kusadari, engkau sanggup
Mengambil kembali karunia-Mu
Dan kucoba, selalu mengingat
Takkan sia-siakan segalanya
Karena, suatu hari
Semua akan tiada lagi
Dan di akhir hayat kumohon Kau ridho padaku

[Chorus:]
Allah, Ya Allah
Tuntunku ‘tuk tiba di Jannah-Mu
Ya Allah, Ya Allah
Jangan jauh dariku kudamba cahaya-Mu
Bersamamu kuingin dekat
Dekat dengan-Mu sepanjang usia
Ya Allah, Oh Allah!
Dampingi langkahku
Kusadari, kadang kulupa
Mungkin ini nafasku yang terakhir
Ampuni kurangnya syukurku
Maafkan kuragu kasih-Mu
Nanti, suatu hari
Saat duniaku usai berakhir
Di akhir hayat kumohon
Kau ridho padaku

[Chorus]
Hari berganti
Kuyakin waktuku kian singkat
Tuhanku, biarku genggam dunia ini
Tanpa mencintainya
Karena ku kan segera pergi
Karena ku kan segera pergi

[CHORUS (x3)]
Tuntunlah aku
Setiap langkahku


Peliknya Mesir

Selepas solat Isyak, ana dan sahabat-sahabat jalan ke kedai wahaba untuk makan malam. Ana makan kibdah ( roti panjang yang diletak inti daging). Setelah makan, kawan ana yang diberi nama Nik(bukan nama sebenar)  hendak membeli air tin 7up.
        "Bikam dah ?? ( Berapa harga nie) ", tanya Nik.
         "Talatah ,, ( 3 genih) ", jawab si penjual.
Air tin 7up yang kawan ana beli
Setelah bayar, kawan ana terus mengambil air tin 7up dari peti ais kedai tersebut. Kawan ana nie memang teliti sikit orangnya. Dia melihat tarikh di bawah tin menunjukkan 1Oktober sedangkan pada hari tersebut telah 7 Oktober. Kawan ana berasa agak marah kerana dia sudah bayar air tin itu tetapi tarikhnya sudah tamat tempoh. Kawan ana terus menanya si penjual.

      " Ya ammu, unzur dah !! ( wahai pak cik, tengoklah nie ), "kata Nik dengan agak marah.

Si penjual dengan tenangnya menjawab, " wahai anak muda, tarikh di bawah air tin bukanlah tarikh tamat tempoh, tetapi tarikh air tersebut dikeluarkan. Air tin tue akan tamat tempoh setelah tiga bulan dari tarikh tersebut".( Pak cik nie sebenarnya cakap arab tetapi ana translatekan supaya antum faham)

Setelah mendengar penjelasan pak cik itu, kami semua ketawa. Rasa agak malu haha.Baru kami tahu tarikh di bawah air tin merupakan tarikh air tin itu dikeluarkan. Setelah itu, sekali lagi kami ketawa . Kawan ana pada awalnya tidak boleh buka air tin tersebut kerana penutupnya agak pelik tetapi akhirnya baru kami sedar penutup air tin di Mesir terbalik dengan Malaysia. Hahhaha lawak2.


Friday, 5 October 2012

Sembahyang Jumaat Pertama



Sembahyang jumaat di Mesir tiadalah banyak beza dengan solat jumaat di Malaysia. Kali pertama ana solat jumaat di Mesir membuatkan ana begitu kagum dengan orang Mesir.

Setelah mempersiapkan diri, ana terus bergegas ke masjid.Sepanjang perjalanan ana ke masjid, kedengaran khutbah jumaat yang amat kuat dan jelas. Masjid-masjid di tempat ana kecil-kecil dan terletak berdekatan. Jalan raya mula lenggang dengan kenderaan kerana semua muslimin ke masjid untuk menunaikan solat jumaat.

Ana amat kagum melihat khatib mesir. Khatib-khatib di Mesir menyampaikan khutbah dalam bahasa arab tanpa melihat sebarang teks secara spontan tanpa sebarang cacat-cela . Walaupun  ana tidak faham, tetapi ana dapat mengerti apa-apa meseg yang ingin disampaikan khatib melalui gaya penyampaiannya dan nada suara khatib. Khatib di Mesir menyampaikan khutbah dengan penuh semangat menyebabkan ana mendengar khutbah yang disampaikan dengan khusyuk.

Kain Kafan Rasullullah s.a.w



Seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. Dia menyerahkan kain yang ditenunnya sendiri dan diserahkan kepada Rasulullah s.a.w sebagai rasa cintanya kepada Rasulullah s.a.w. Dengan senang hati Rasulullah s.a.w menerima pemberian itu dan memakainya. 

Dengan memakai kain pemberian wanita itu, Rasulullah s.a.w keluar menemui sahabatnya. Salah seorang daripada sahabat melihat begitu indahnya kain yang dipakai Rasulullah s.a.w, lau berkata, "Wahai Rasulullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku memakainya," ujarnya. "Baiklah," jawab Rasulullah s.a.w ringkas. 

Setelah keluar dari suatu majlis,Rasulullah s.a.w datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi menggunakan kain tenun yang baru dipakai itu. Kain pemberian wanita itu berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi. "Terimalah kain ini dan pakailah," ujar Rasulullah s.a.w. 

Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi Rasulullah s.a.w kerana itu dipakainya, tetapi Rasulullah s.a.w tidak pernah menolak permintaan seseorang.

"Mengapa engkau masih memintanya ?" sungut para sahabat. Apa jawab sahabat yang meminta kain kepada Rasulullah s.a.w, "Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk saya gunakan untuk kain kafanku."

Org Mesir mcm org melayu??

Org mesir mcm org melayu?? Hmm,, btol kew??


Suatu petang,, ana pakai baju melayu dan kopiah nak pergi masjid solat maghrib . Ana
terserempak penjaga rumah ana(orang mesir). Dia tanya ana, nak pergi masjid kew? Ana jawab  ya,, ana dalam perjalanan ke masjid. Tiba-tiba, ana terfikir,, orang mesir pun sama  macam orang melayu. Orang melayu memang suka statekan benda2 yang obvious. Kalau dah ana pakai baju melayu dan kopiah,, confirmla ana nak ke masjid,, xkan nak pergi men bola,,, Nasib baik,, ana tak cakap nak pergi main bola haha,,


(Saja je post,, haha)