Sunday, 30 December 2012

Segenih je sedekah ???

Kisah Si Sombong dengan kehebatannya

Korang semua pun tahu, wang RM 100 & RM1 sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Selepas dicetak, kedua-duanya kelihatan amat cantik, keras dan berbau wangi. Akhirnya mereka di bawa keluar dan berpisah juga dari Bank untuk diedarkan kepada masyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian terjadilah perbualan di antara kedua-dua duit tersebut.

RM100 bertanya kepada RM1,

"Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?"

RM1 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang-orang bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis".

Lalu RM1 Bertanya balik kpd RM100,

"Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di Pavillion & juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet. Heh!"

Lalu RM1 bertanya lagi,

"Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?"

Dijawablah, "Hurm, tidak pernah. Kenapa?"

RM1 pun berkata lagi,

"Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu singgah di rumah ALLAH dan ditangan anak-anak yatim, bahkan aku selalu bersyukur kepada ALLAH.

Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya, menangislah RM100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai untuk memuliakan ALLAH.

Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan! Renungkan dan fikir-fikirkanlah.





* nih nasib baik seratus ringit ni menyesal , yang manusia nih kedekut sangat ...kalu boleh macam2 alasan nak bagi takut kena tipu la bagai last2 nanti rasa menyesal lak bila da tua...^manusia nih dia tak akan puas mengumpul harta hatta diberi emas sebesar gunung uhud pun tetap dia rasa x cukup ,x pernah rasa nak bertawakkal pada Allah sehinggalah tanah disuapkan dalam mulut haaa masa nih barulah rasa aq da puas hidup^ peringatan untuk semua dan diri ini...



nak tambah sikit jom dgr ceramah ustaz...=)












Saturday, 29 December 2012

Pak Arab hebat berkata-kata??

Arab ni merupakan seorang pelajar di U Al-Azhar As-Sharif  tahun 5 kuliah perubatan sedang berdebat dengan orang yang baru dikenalinya di sebelah ana. Ana sempat merakamkan perdebatan ni.yang  ana sendiri pown x faham,, tapi sungguh lame. Lebih kurang 2 jam cakap tanpa henti. Mangsanya ana sebab sangat bising. Situasi ini dalam keretapi ayam. Bukan kat sini je, kat mane-mane, kalau arab berdebat atau bergaduh memang lame dan depa memang petah berkata-kata. Contohnya, Khatib membaca khutbah di setiap masjid tidak pernah menggunakan sebarang bahan bacaan sebagai teks dan memberi khutbah secara spontan..SubhanaAllah sungguh hebat orang-orang arab ini..semoga kite sebagai rakyat Malaysia dapat mengikuti contoh seperti mane mereka..Takbir!! # asif jiddan, kerna video ini senget, sbb ana berlakon wat2 maen game, padahal tengah merakam. Kalau kantoi, sure2 kena marah..= =')

Rumah Bakan Anak Negeri JOHOR


Alhamdulillah kerna negeri Johor juga menyediakan rumah bakan anak negeri seperti mana negeri-negeri lain..sungguh berasa terharu dan bersyukur dapat lihat bendera Johor berkibar di Mesir..haha..Proud to Be Johorian..^ ^






Asfur Kristal

Assalamualaikum w.b.t, Asfur Kristal adalah sebuah pasaraya yang besar yang menjual perlbagai hiasan, lampu-lampu dinding, lampu-lampu "ceiling", keychain2  dan figura2 yang menarik...harga sememangnya sesuai dengan kecantikkannya...Semua itu diperbuat dari kristal-kristal yang sebenar..
Bahagian Hadapan 

Figura Masjid

Oppa! cube kat belakangnye..ngee




Figura kereta F1




Figura Burung Hantu

Figura Burung Cenderawasih(pandai2 je)





Figura Kat Makkah

Figura Kapal Pirates Of The Carribean(teka je)

Figura Kereta Kebal

Friday, 28 December 2012

Keretapi Ayam



Assalamualaikum w.b.t...ana nak cerita sedikit tentang pengalaman naik keretapi di Mesir. Mase tu, Ana nak  pergi Iskandariah dari Kaherah..Bila nak beli tiket keretapi ekspress,, kebanyakkannya dah habis. Jadi, ana terpaksa pilih pilihan kedua iaitu naik Keretapi yang tiada " Air-cond" iaitu keretapi Ayam. Mase ana masuk, lebih kurang  sejam awal. Rupanya, kalau lambat terpaksa la berdiri sepanjang perjalan lebih kurang 4 jam. Situasi dalamnya..haha MasyaAllah..macam baru lepas perang..pecah tingkap sana sini,sampah banyak atas lantai, ade orang minta sedekah dengan kakinya berdarah lagi, pastu riuh dengan orang jual makanan..memang menakutkan..bau hapak sangat kuat..huhu ..Kat stiap pintu,, mmg ade orang yang sudi menjadi ajk pintu..2 org biasanye untuk sambut orang yang lambat lompat ke dalam..pastu kalau sape2 yang malaz nak diri,, siap ade baring kat tempat beg kat atas..haha. Tiket murah je sebab kalau lambat atau penuh memang terpaksa tunggu keretapi seterusnya atau  bazir gitu je. Kalau malam, macam dalam cerita seram..x de lampu, bunyi keretapi yang menyeramkan dan dikelilingi orang arab yang ntah baik atau pon tidak. Probability nak berlaku yang perkara tidak diingini tinggi ..dah la gelap, pastu sume x kenal.Akhirnya,,Alhamdulillah..sampai juga ke destinasinya..

AL-AZHAR PARK(Hadiqah Al-Azhar)

     Assalamualaikum w.b.t ,,  kalian mesti pernah dengar nama U Al-Azhar As-Syarif kan2..nama U itu bukan sekadar nama sahaja, tapi digunakan juga sebagai nama tempat2 di Kaherah . Hadiqah Al-Azhar atau dikenali sebagai Al-Azhar Park terletak di Kaherah, Mesir. Masuk hadiqah ini kena bayar taww..bukannye free..hehe..Cantik kew?? Bile kena bayar mesti ade pihak yang menguruskannya,, In Shaa Allah cantik..Bayarannya murah je,, cuma 5 pound atau 5 L.e yakni RM 2.50..Kalau nak dibandingkan dengan Malaysia,, Hadiqah ini ibarat Cameron Highland yang kiranya terkenal dan cantik .Eh, banyak sembang da..jom explore keindahan ciptaan Illahi.. 








Thursday, 6 December 2012

True Story

A doctor entered the hospital in hurry after being called in for an urgent surgery. He answered the call asap, changed his clothes & went directly to the surger
y block. He found the boy’s father pacing in the hall waiting for the doctor. On
seeing him, the dad yelled:
“Why did U take all this time to come? Don’t U know that my son’s life is in danger? Don’t U have any sense of responsibility?”

Th…e doctor smiled & said:
“I am sorry, I wasn’t in the hospital & I came as fast as I could after receiving the call…… And now, I wish you’d calm down so that I can do my work”

“Calm down?! What if your son was in this room right now, would U calm down? If your own son dies now what will U do??” said the father angrily

The doctor smiled again & replied: “I will say what Job said in the Holy Book “From dust we came & to dust we return, blessed be the name of God”. Doctors cannot prolong lives. Go & intercede for your son, we will do our best by God’s grace”

“Giving advises when we’re not concerned is so easy” Murmured the father.

The surgery took some hours after which the doctor went out happy,
“Thank goodness!, your son is saved!” And without waiting for the father’s reply he carried on his way running. “If U have any question, ask the nurse!!”

“Why is he so arrogant? He couldn’t wait some minutes so that I ask about my son’s state” Commented the father when seeing the nurse minutes after the doctor left.

The nurse answered, tears coming down her face: “His son died yesterday in a road accident, he was in the burial when we called him for your son’s surgery. And now that he saved your son’s life, he left running to finish his son’s burial.”

Moral-Never judge anyone….. because U never know how their life is & what they’re going through”


Monday, 3 December 2012

Hindarkan Was2 dalam Solat Anda

Soalan: Saya selalu was-was. Kalau saya ambil wuduk, saya selalu rasa tidak puas. Saya selalu syak rasa macam wuduk saya batal. Saya buat seperti diajar kepada saya agar saya mengurut kemaluan selepas membuang air kecil supaya pastikan habis air kencing. Tapi sejak itu pula was-was datang. Saya selalu rasa macam ‘terkencing’ atau ‘keluar angin’ masa solat. Sehingga saya selalu risau apabila hendak beribadah. Saya selalu berulang wuduk dan cuba memastikan tiada air kencing di pakaian saya. Apakah penyelesaiannya.
Faisal, Klang.

JAWAPAN DR MAZA:

Semoga Allah membaiki urusan saudara. Berikut beberapa perkara yang perlu saudara ambil perhatian:

1. Perasaan was-was yang mengganggu ibadah adalah gangguan fikiran dan syaitan. Hindarkan jiwa dari melayannya. Ini kerana melayannya bererti mengikut kehendak syaitan yang cuba menghilang fokus seseorang kepada ibadah dan cuba menjadikan seseorang itu akhirnya bosan, bimbang dan jemu dengan ibadah. Para ulama seperti Ibn Jauzi (meninggal 597H), Ibn al-Qayyim (meninggal 751H) dan ramai lagi sejak dahulu menulis dalam berbagai karya untuk membenteras penyakit yang buruk ini.
2. Antara sebab utama berlakunya was-was; tidak memahami atau berpuas hati dengan praktikal Nabi s.a.w yang mudah dan senang dalam ibadah, terpengaruh dengan ajaran fekah yang suka menyusahkan orang ramai dengan berbagai petua yang membebankan, dan juga terlalu melayan gangguan perasaan. Kata al-Imam Ibn al-Qaiyyim: “Tanpa syak lagi sesungguhnya syaitan adalah punca kepada was-was. Mereka yang was-was mentaati syaitan, menyahut seruannya dan mengikuti perintahnya. Mereka berpaling daripada sunnah dan jalan baginda sehinggalah seseorang mereka menganggap apabila dia berwuduk sama seperti wuduk Rasulullah s.a.w, atau mandi seperti baginda masih tidak bersih dan tidak hilang hadasnya. Jikalau tidak disebabkan dia diberikan kemaafan kerana kejahilannya, maka tindakan itu dianggap menentang Rasulullah s.a.w” (Ighathah al-Lihfan Min Masaid al-Syaitan, 134, Beirut: Dar Ibn Zaidun)
3. Antara ajaran yang menyebabkan was-was ialah pendapat yang mewajib mengurut kemaluan selepas kencing. Tiada nas yang sahih dalam perkara tersebut. Hanya yang diperintah agar kita membersihkan diri dari air kencing, bukan disyaratkan mesti mengurut kemaluan sehingga dipastikan segala yang ada dikeluarkan. Anggapan bahawa jika tidak diurut sehingga habis tidak sah solat adalah tidak benar. Kata al-Syeikh Abd al-‘Aziz Ibn Baz r.h: “Adapun mengurut zakar agar keluar sesuatu adalah salah dan tidak wajar. Ia antara sebab berlakunya was-was dan tidak lawas. Hendaklah dihindari perkara ini. Sebaik sahaja terhenti kencing, maka berintinjak (cuci) dengan air…” (Ibn Baz, al-Fatawa al-Muta’allaqah bi al-Tibb wa Ahkam al-Marda, 35, Riyadh: Idarah al-Buhuth).
4. Bagi mengelakkan was-was yang merasai air kencing terkena pakaian atau masih terkeluar dari kemaluan, dicadangkan agar selepas membuang air kecil, diambil air dan direnjis pada pakaian yang berhampiran. Tujuannya, agar jika ternampak apa-apa kesan air, maka anggaplah itu air renjisan tadi. Al-Imam Ahmad telah ditanya oleh seorang lelaki yang selepas berwuduk masih merasa berhadas. Kata al-Imam Ahmad: “Ambil air dalam tapak tangan dan renjis pada kemaluanmu dan jangan peduli lagi, kerana itu menghilangkan syak insyaAllah”. (Ibn Qudamah, al-Syarh al-Kabir 1/94) Cadangan al-Imam Ahmad ini berteraskan hadis: “Bahawa Nabi s.a.w kencing, kemudian berwuduk dan merenjiskan air pada kemaluan baginda” (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Nabi s.a.w melakukan perbuatan tersebut sebagai panduan kepada kita.
5. Adapun rasa ‘keluar angin’ (kentut) tetapi tidak pasti atau tidak yakin bahawa betul-betul keluar atau hanya perasaan sahaja, maka itu tidak membatal wuduk dan solat. Nabi s.a.w mengajar kita agar perasaan was-was seperti ini tidak diambil kira. Dalam hadis al-Bukhari, “Seorang lelaki mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia merasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti?. Jawab Nabi s.a.w: “Jangan sehinggalah mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut)”. Maksudnya, Nabi s.a.w mengajar agar seseorang yang merasa terbatal wuduknya secara was-was atau tidak pasti tidak berhenti dari solat sehingga beliau benar-benar yakin terbatal. Solatnya tetap sah, mainan perasaan tidak diambil kira. Termasuklah dalam hal ini mereka yang terasa macam terkeluar air kencing, tetapi tidak pasti samada hanya perasaan atau benar-benar berlaku, maka solat masih dianggap sah. Melainkan dia yakin tanpa ragu bahawa angin atau air kecil benar-benar telah terkeluar.
6. Was-was adalah berpunca dari kurang faham sifat Islam ini. Sebahagiannya datang ajaran sesetengah guru yang suka memayah-mayahkan cara ibadah. Sedang Nabi s.a.w memberitahu kita: “Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka” (Riwayat al-Bukhari). Oleh itu, elakkan mempelajari fekah dari guru yang suka berfalsafah sendiri dan berteori tanpa berlandaskan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah.
7. Orang yang selalu merasa was-was dalam ibadah sehingga melakukannya berulang-ulang kali, atau melayan perasaannya yang sentiasa merasa bebanan was-was hendaklah bertanyakan dirinya sendiri; untuk apa ia lakukan itu semua? Jika ia untuk Allah s.w.t, maka hendaklah dia tahu bahawa Allah tidak meredhai tindakannya melayan gangguan perasaan atau syaitan yang seperti itu. Layanan kepada perasaan was-was itu hanya mentaati syaitan atau ganggu emosi yang salah bukan mentaati Allah. Ikutilah arahan Allah s.w.t dan RasulNya tanpa melayan was-was. Was-was akan memalingkan seseorang dari mengikuti arahan Allah dan rasulNya secara betul.
8. Al-Quran menceritakan bahawa senjata was-was ini jugalah yang digunakan oleh Iblis sehingga membawa Adam melanggar arahan Allah. Firman Allah: (maksudnya) “Setelah itu maka syaitan telah mewas-waskan kepada Adam dengan berkata: “Wahai Adam, Mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap? Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu dia tersalah jalan.” (Surah Taha: 120-121)

Alkisah pakis dengan buluh…


Saban hari, Muhyiddin terasa tidak senang duduk. Segala yang dilakukannya nampak gagal disempurnakan walaupun dirancang dengan rapi.

“Cukuplah… aku tak mahu cuba lagi. Aku redha. Aku terima aku tak akan berjaya dalam dunia ini,” rungut beliau.

Satu petang, Muhyiddin terjumpa Ustaz Hadi di taman riadah dan bertanya, “Ustaz, ana rasa putus asa. Boleh tak ustaz bagi satu alasan untuk ana untuk tidak berputus asa?”

Ustaz Hadi melihat Muhyiddin yang kesian lalu berkata…

“Wahai sahabatku. Usah bersedih. Nampak tak pakis itu dengan buluh di tepinya?”

“Nampak,” jawab Muhyiddin.

“Pakis dan buluh itu bermula daripada benih. Di taman ini, tiada siapa yang menjaganya, tapi Allah. Allah memberikan mereka cahaya. Allah juga memberikan mereka air.

Pakis tumbuh dengan cepat dari tanah. Daunnya menghijau meliputi tanah di sekelilingnya. Tapi buluh tidak tumbuh-tumbuh. Lama-lama, pakis semakin bertambah banyak dan menghijau. Namun buluh masih tidak tumbuh tumbuh.

Apakah Allah telah berputus asa dengan buluh? Tidak. Pada tahun kedua, buluh tumbuh daripada tanah. Enam bulan daripada itu, buluh itu tumbuh 100 kali meninggalkan pakis di bawah. 2 tahun yang buluh nampak tiada harapan untuk hidup sebenarnya digunakan untuk membina akarnya terlebih dahulu.

Apabila akarnya menjadi kuat, dan mula dapat mencari air dan mineral, maka buluh tumbuh daripada muka bumi. Allah tidak akan menguji segala makhluknya dengan perkara yang tidak mampu dihadapinya.

Jadi sahabatku, selama yang anta sedang berusaha dan diuji, sedarkah Allah sedang melatih anta untuk membina akarmu. Allah tidak berputus asa dengan buluh, Allah juga tidak akan berputus asa dengan anta. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Buluh mempunyai tujuan yang lain daripada pakis. Tapi kedua-duanya mencantikkan taman riadah ini.

Jangan merungut betapa besarnya masalah pada Allah, sebaliknya beritahu masalah betapa besarnya kehebatan Allah,” cerita Ustaz Hadi.

“Adakah cerita ini membantu anta?”

Muhyiddin terus memeluk Ustaz Hadi dan mengalirkan air matanya – “YA ALLAH,Terima Kasih menpertemukan ana dengan ustaz hari ini.”

Bagaimana pula dengan anda? Adakah cerita ini membantu anda? Jika ya, kongsilah dengan mereka yang memerlukannya.

Senyum.